Thursday, 15 September 2011

Rumah Impian

Tiba-tiba terdetik dihati ini untuk berkongsi kisah & cerita perjalanan suka & duka sepanjang proses membeli rumah impian saya, suami dan buah hati kami...4 tahun yang lepas sebelum berkahwin saya ada membeli rumah pangsa kos sederhana tingkat 3 dengan harga RM80K. Masa itu rasa macam bangga dan sangat gembira sebab dapat beli aset sendiri. Dalam hati cakap kalau sudah kahwin senangla ada rumah sudah. Sementara belum berkahwin, saya sewakan rumah tersebut. Lepas juga bayar ansuran rumah kan..But then, selepas berkahwin suami pula tidak mau tinggal di rumah tersebut. Alasannya tinggi, tdk larat naik tangga dan tdk suka duduk rumah pangsa..Suami cakap mau beli rumah teres..aduii..Saya cakap dengan suami dengan keadaan kewangan kami, ansuran kereta lg perlu dibyr serta byk lg komitmen lain..Harga rumah pula makin melambung mustahil untuk kami dapat membeli rumah teres. Bersyukurla dengan rezeki yg ada..Saya ingat sampai sekrg apa yg suami saya ckp bila saya ckp begitu dengannya.."Sabarla..Insya Allah dapat juga tu nanti..ada juga rezeki tu..tunggu saja.." Alhamdulillah..syukur yg teramat kepada Allah kerana mendengar doa kami dan memakbulkan impian kami..selepas rumah lama dijual, kami berusaha mencari rumah sehinggalah satu hari saya ternampak iklan di mudah.my rumah teres setingkat dijual pada harga RM180K. Saya terus maklumkan kepada suami. Suami pula excited sangat terus cari tempat tu dengan buah hati kami..selepas jumpa tempat tu dan tengok sendiri kawasan taman perumahan tersebut suami terus jatuh cinta. Suami begitu teruja menceritakan kepada saya keindahan dan kedamaian taman perumahan tersebut. Rekabentuk rumah pun memikat hati. Saya senyum panjang lihat gelagat suami dan buah hati kami yang turut sama teruja..(aduh..mau menitis pula air mata ni..huhu). Hujung minggu suami bawa pula saya tengok tempat tu. Ternyata tempat tu memang cantik dan aman. Saya cakap dengan suami dpt intermediate pun bersyukur sdh. Tapi suami cakap tidak saya mau corner. Aduh..suamiku ini bercita2 besar. Takut tidak tercapai kecewa pula. Suami cakap kita cuba dulu. Kami mulakan langkah seterusnya cari developernya, jumpa mereka dan berbincang dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..walaupun sepanjang proses tersebut ada beberapa masalah tapi ia berjaya kami harungi..Alhamdulillah selepas 9 bulan menguruskan rumah tersebut, akhirnya pada 24 Mac 2011 rumah itu menjadi milik kami setelah pihak developer menyerahkan kunci rumah tersebut kepada kami..Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan di dalam hati saya..(mau menitis lg air mata ni..huhu)..apatah lagi melihat buah hati saya dan suami yang begitu gembira dan teruja bila kami maklumkan kepadanya kami sudah ada rumah sendiri dia akan mempunyai biliknya sendiri..kegembiraannya jelas sekali bila kami masuk pertama kali ke rumah tersebut dia terus tunjukkan di mana biliknya..(sedih lg ni..) saya dan suami hanya tersenyum melihat gelagatnya. Dia siap bagi tau dgn supervisor rumah tu yg dtg ketika itu utk menyerahkan kunci kedua rumah tersebut di mana biliknya..senyum supervisor tu sambil cakap pintar ko pya anak oo..hehe..Walaupun kami dapat kunci pada bulan Mac tp hanya bulan Julai baru kami dapat sambung elektrik, wiring, cat sikit2 dan beli perabot sikit2 disebabkan masalah kewangan..Sedih juga tp saya dan suami kuatkan semangat dan bersabar. Kini Alhamdulillah walaupun rumah tu belum sepenuhnya siap dan ada beberapa lagi perabot dan barang elektrik yg perlu dibeli tp saya bersyukur at least rumah tu sdh ada elektrik dan perabot sikit2..klu mau tinggal blh tinggal sdh tp x blh masak la sbb dapur tdk siap lg...hehe..okla byk lg mau share tp lain kali ye..

No comments:

Post a Comment