Tuesday, 13 September 2011
Debaran Semakin Kencang...
Dup dap jantung berdegup..Orang lain yang kahwin saya pula yang berdebar..hehe..masakan tidak berdebar segala urusan persiapan kahwin telah diamanahkan oleh ibu bapa kepada saya selaku anak yang sulung...Ini lah payahnya jadi anak sulung..anyway, hopefully suma urusan persiapan perkahwinan adik saya berjalan lancar dan juga majlisnya nanti pada 17 Sept. ini. Rasa tidak sabar tarikh 17 Sept tu berlalu..baru ringan sikit bebanan badan & otak..huhu..setakat ini persiapan sudah 90% siap hanya persiapan kecil yang perlu diselesaikan. Malam Jumaat ini nampaknya kena berkampung di dewan tempat majlis tu dibuat..jaga orang pasang hiasan dewan, jaga katering hias meja makan, bersihkan dewan, susun kerusi etc..aduhh..bila fikir2 banyaknya mau dibuat. Mana lagi mau layan saudara mara yang datang dari kg. Sabtu pagi (hari majlis perkahwinan) saya kena "lari" lagi sekejap ke Penampang ambil kek..menyesal pula order kek jauh2 ni..mau cancel tp serba salah sebab kawan. Mudah2an majlis ni berjalan lancar & semua tetamu gembira & berpuas hati..Insya Allah..amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment