Sunday 2 October 2011

Bila Sakit "ITU" Datang Lagi...

Saya tidak pasti sampai bila sakit saya ini akan sembuh sepenuhnya. Ikutkan hati memang sudah tidak tertahan lagi menanggung sakitnya. Sembuh sekejap datang lg..kali ini lagi perit dari sebelumnya. Rasanya seperti disiat-siat. Mau saja ambil cuti sakit tp bimbang ada yang beranggapan sakit saya ini tidakla seberapa atau saya saja mau cuti sakit. Tapi hakikatnya keperitan & kesakitan yg saya rasa ini hanya Allah yang tahu. Oleh itu, saya gagahkan juga bekerja. Tidak mau menagih simpati dari orang lain meskipun dengan keluarga sendiri. Biarlah kesusahan ataupun keperitan saya tanggung sendiri..hanya kegembiraan & kebahagiaan yg saya kongsi dgn orang..Jika dengan sakit ini dapat menebus segala dosa saya maka saya redha dengan ujianMU ini Ya Allah..Mudah2an saya akan dapat menemui penawar kepada sakit saya ini..Insya Allah..Bila sdh sakit begini adakalanya terdetik dihati saya akan pepatah yang mengatakan..Kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis sangat payah untuk dicari..Untuk mengubati lara dihati saya ucapkan dalam hati biarlah kalau kawan menangis itu tiada yang penting Allah masih sudi menemani & mendengar setiap keluhan & aduan isi hati saya..Sentiasa ada disisi disaat susah & senang saya mengharungi kehidupan ini..Sentiasa memberi saya kekuatan & ketabahan setiapkali ditimpa dugaan..Hanya Allah yang mengetahui apa yg tersimpan di hati saya & air mata saya ini hanya akan gugur di depanMU Ya Allah...

Monday 26 September 2011

Pandangla di bawah...

Macam pelik tajuk di atas tu kan? Kalau tidak silap, saya pernah baca 1 artikel berkenaan tajuk di atas tu dan sampai sekrg masih melekat dihati saya. Artikel tu tulis..Kalau kita hendak membandingkan diri kita dengan orang lain, bandingkanlah diri kita dengan orang di bawah kita bukan orang yang di atas kita..Kalau kita rasa hidup kita susah ada lagi orang yg hidup lebih susah dr kita..kalau kita ada kereta kecil jgnla mengeluh bila melihat orang lain pakai kereta besar & mewah tp pandanglah orang yang guna motosikal (ada yg gendong bayi lg anak berderet bersusun di motor)..kesian pada mereka..berpanas & berhujan..kalau kita sedih tdk dpt beli pakaian, beg, kasut atau barangan mewah pandangla pada orang tidak mampu membeli walau sehelai pakaian pun yg berharga murah..klu kita x mampu makan di restoran mewah..pandanglah orang di bawah yang jangankan makan di restoran mewah dalam sehari belum tentu dapat menjamah nasi 2 kali sehari..ada yg terpaksa mengikat perut demi anak2..bersyukurla dengan apa yang kita ada..Insya Allah..Allah akan gandakan nikmatnya jika kita benar2 ikhlas bersyukur..

Monday 19 September 2011

Rumah Impian (Part II)

Inilah rumah impian saya, suami dan buah hati kami. Tidaklah sebesar mana tapi bersyukur sangat2 akhirnya impian saya dan suami untuk memiliki rumah teres tercapai. Biar kecil yang penting rumah sendiri. Perasaan bangga tu sukar diungkap dengan kata2. Bukan bangga mendabik dada atau riak tetapi bagi mereka yang pernah melalui kepayahan dan kesusahan untuk mendapatkan rumah impian seperti saya semestinya memahami bagaimana perasaan apabila impian untuk mendapatkan rumah yang diidamkan selama ini menjadi kenyataan. Gambar rumah ini saya ambil semasa kami buat checking rumah tgk klu ada yg perlu dibaiki dlm rumah tu (sori ye tarikh dlm gmbr tu salah. Terlupa set tarikh d kamera..hehe). Alhamdulillah suma ok keadaan dalam rumah time p check tu. Walaupun saya tidak berapa berpuas hati dengan keluasan dapur yang agak kecil tapi saya pujuk diri saya saiz bukan penghalang untuk merealisasikan dapur impian. Insya Allah jika ada rezeki saya tetap akan realisasikan dapur impian saya itu. Sebenarnya banyak lagi saya mau buat dengan rumah saya ni cuma bajet tidak mengizinkan buat masa ni..pelan2 la..klu ada rezeki lebih nanti dapat jg buat apa yg diinginkan. 2 minggu lps kami sekeluarga ke rumah kami ni..sapu lantai dan mop lantai..kasi kurang2 tu habuk..hehe..setiapkali p rumah ni hati saya meronta2 bilala dpt pindah ni..huhu..begitu jg dengan suami dan anak..mereka juga tidak sabar mau duduk d rumah tu..Oya..planning mau bercucuk tanam lg di belakang rumah..angan2 mau tanam cili, limau kasturi, serai, pandan, kunyit, sayur yg senang tumbuh & dijaga..jimat jg belanja kan? Suami pula planning mau tanam pokok mangga. Anak pula sdh cakap awal2 mau minta beli rabbit, itik, hamster & angsa utk dia pelihara..aduhh..ni budak..mau jg ada bahagian dia..tp bila saya bayangkan klu suma planning kami tu jadi alangkah meriahnya rumah kami..petang2 saya menyiram sayur, anak berlari2 bermain dengan rabbitnya manakala suami pula membersihkan pokok yg ditanam..huh..bahagianya saat itu..mudah2an saat2 itu dapat kami nikmati kelak..amin..okla cukupla utk kali ni..nanti akan disambung klu ada crta menarik utk dikongsi..:-)

Thursday 15 September 2011

Rumah Impian

Tiba-tiba terdetik dihati ini untuk berkongsi kisah & cerita perjalanan suka & duka sepanjang proses membeli rumah impian saya, suami dan buah hati kami...4 tahun yang lepas sebelum berkahwin saya ada membeli rumah pangsa kos sederhana tingkat 3 dengan harga RM80K. Masa itu rasa macam bangga dan sangat gembira sebab dapat beli aset sendiri. Dalam hati cakap kalau sudah kahwin senangla ada rumah sudah. Sementara belum berkahwin, saya sewakan rumah tersebut. Lepas juga bayar ansuran rumah kan..But then, selepas berkahwin suami pula tidak mau tinggal di rumah tersebut. Alasannya tinggi, tdk larat naik tangga dan tdk suka duduk rumah pangsa..Suami cakap mau beli rumah teres..aduii..Saya cakap dengan suami dengan keadaan kewangan kami, ansuran kereta lg perlu dibyr serta byk lg komitmen lain..Harga rumah pula makin melambung mustahil untuk kami dapat membeli rumah teres. Bersyukurla dengan rezeki yg ada..Saya ingat sampai sekrg apa yg suami saya ckp bila saya ckp begitu dengannya.."Sabarla..Insya Allah dapat juga tu nanti..ada juga rezeki tu..tunggu saja.." Alhamdulillah..syukur yg teramat kepada Allah kerana mendengar doa kami dan memakbulkan impian kami..selepas rumah lama dijual, kami berusaha mencari rumah sehinggalah satu hari saya ternampak iklan di mudah.my rumah teres setingkat dijual pada harga RM180K. Saya terus maklumkan kepada suami. Suami pula excited sangat terus cari tempat tu dengan buah hati kami..selepas jumpa tempat tu dan tengok sendiri kawasan taman perumahan tersebut suami terus jatuh cinta. Suami begitu teruja menceritakan kepada saya keindahan dan kedamaian taman perumahan tersebut. Rekabentuk rumah pun memikat hati. Saya senyum panjang lihat gelagat suami dan buah hati kami yang turut sama teruja..(aduh..mau menitis pula air mata ni..huhu). Hujung minggu suami bawa pula saya tengok tempat tu. Ternyata tempat tu memang cantik dan aman. Saya cakap dengan suami dpt intermediate pun bersyukur sdh. Tapi suami cakap tidak saya mau corner. Aduh..suamiku ini bercita2 besar. Takut tidak tercapai kecewa pula. Suami cakap kita cuba dulu. Kami mulakan langkah seterusnya cari developernya, jumpa mereka dan berbincang dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..walaupun sepanjang proses tersebut ada beberapa masalah tapi ia berjaya kami harungi..Alhamdulillah selepas 9 bulan menguruskan rumah tersebut, akhirnya pada 24 Mac 2011 rumah itu menjadi milik kami setelah pihak developer menyerahkan kunci rumah tersebut kepada kami..Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan di dalam hati saya..(mau menitis lg air mata ni..huhu)..apatah lagi melihat buah hati saya dan suami yang begitu gembira dan teruja bila kami maklumkan kepadanya kami sudah ada rumah sendiri dia akan mempunyai biliknya sendiri..kegembiraannya jelas sekali bila kami masuk pertama kali ke rumah tersebut dia terus tunjukkan di mana biliknya..(sedih lg ni..) saya dan suami hanya tersenyum melihat gelagatnya. Dia siap bagi tau dgn supervisor rumah tu yg dtg ketika itu utk menyerahkan kunci kedua rumah tersebut di mana biliknya..senyum supervisor tu sambil cakap pintar ko pya anak oo..hehe..Walaupun kami dapat kunci pada bulan Mac tp hanya bulan Julai baru kami dapat sambung elektrik, wiring, cat sikit2 dan beli perabot sikit2 disebabkan masalah kewangan..Sedih juga tp saya dan suami kuatkan semangat dan bersabar. Kini Alhamdulillah walaupun rumah tu belum sepenuhnya siap dan ada beberapa lagi perabot dan barang elektrik yg perlu dibeli tp saya bersyukur at least rumah tu sdh ada elektrik dan perabot sikit2..klu mau tinggal blh tinggal sdh tp x blh masak la sbb dapur tdk siap lg...hehe..okla byk lg mau share tp lain kali ye..

Tuesday 13 September 2011

Debaran Semakin Kencang...

Dup dap jantung berdegup..Orang lain yang kahwin saya pula yang berdebar..hehe..masakan tidak berdebar segala urusan persiapan kahwin telah diamanahkan oleh ibu bapa kepada saya selaku anak yang sulung...Ini lah payahnya jadi anak sulung..anyway, hopefully suma urusan persiapan perkahwinan adik saya berjalan lancar dan juga majlisnya nanti pada 17 Sept. ini. Rasa tidak sabar tarikh 17 Sept tu berlalu..baru ringan sikit bebanan badan & otak..huhu..setakat ini persiapan sudah 90% siap hanya persiapan kecil yang perlu diselesaikan. Malam Jumaat ini nampaknya kena berkampung di dewan tempat majlis tu dibuat..jaga orang pasang hiasan dewan, jaga katering hias meja makan, bersihkan dewan, susun kerusi etc..aduhh..bila fikir2 banyaknya mau dibuat. Mana lagi mau layan saudara mara yang datang dari kg. Sabtu pagi (hari majlis perkahwinan) saya kena "lari" lagi sekejap ke Penampang ambil kek..menyesal pula order kek jauh2 ni..mau cancel tp serba salah sebab kawan. Mudah2an majlis ni berjalan lancar & semua tetamu gembira & berpuas hati..Insya Allah..amin..

Berbelanja la Ikut Kemampuan..

Hari Raya ke-5 (3/9/2011) yang lalu, saya, suami serta anak pergi beraya di rumah saudara suami di flat Kepayan Ridge..Pengalaman beraya di rumah saudara suami tersebut benar2 telah menyedarkan saya. Bayangkan mereka ini sangat kaya (kaum kerabat bekas ketua menteri Sabah) rasanya harta mereka tidak habis hingga ke generasi mereka yg akan datang tp cara hidup mereka yg sederhana membuatkan saya insaf dan seperti baru dikejutkan dari cara pemikiran saya selama ini. ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya bermacam-macam perkara bermain difikiran saya apabila melihat perabot dapur & ruang tamu, pinggan mangkuk serta perkakas di dapur semua dari brand yang murah malah pinggan mangkuk dibeli di kedai RM2..sedangkan dia mampu untuk beli barangan yg mahal. Its really wake me up! Saya pernah ke rumah keluarganya di Austral Park (rumah mewah tuuu...) segan betul mau masuk..memang mewah la..arwah nenek dia bawa makan. Dalam fikiran saya mengandaikan menu makanan dorang mesti hebat2 sbb mewah kan..rupanya saya salah..menunya sangat simple..ikan goreng + sayur tumis biasa..macam tidak tertelan ba tu nasi..on de way pulang saya ckp dengan suami pasal barangan di rumahnya..trus suami ckp..tu la ko ja yang bergaya + minta puji mau beli yg mahal2..hehehe..kena sebiji..moral of the story..bukan brand/harga yg dipandang tp yg penting keikhlasan kita meraikan tetamu yang datang..beli barang mahal dgn niat mau menunjuk pada tetamu tidak guna jg kan..Sama2 la kita muhasabah diri..

Monday 12 September 2011

Horrayyy..At Last I have my own blog..:-)

Selepas sekian lama mengidamkan untuk mempunyai blog sendiri..akhirnya pada hari ini bertarikh 13 September 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 hijrah dengan rasminya saya telah mencipta blog saya sendiri dengan bantuan sahabat yang begitu baik sekali..:-) My Little Shopping Mall..hopefully it will bring luck to me..amin..apa yg mau dijual blm diupload lg..coming soon..just wait & be patient..ok..:-)